Seremban, 7 September 2026 - Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTK) telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Bandaraya Seremban, Wisma MBS. Deligasi ini yang diketuai oleh En. Mahadi Bin Kasdi, Pengarah JTK Negeri Sembilan telah disambut baik oleh Puan Norhezlin binti Amat, Pengarah Kawalan Bangunan MBS dan pegawai-pegawai daripada Jabafan Kawalan Bangunan MBS.  Kunjungan ini telah membincangkan beberapa isu berkaitan penginapan pekerja asing dan pekerja tempatan, khususnya melibatkan TLQ/CLQ, pematuhan syarat penginapan, isu kekosongan CLQ serta aspek pemantauan dan penguatkuasaan. Turut dibincangkan keperluan kerjasama dan penyelarasan antara JTK Negeri Sembilan dan MBS dalam menangani isu penginapan pekerja serta tindakan susulan berkaitan. Secara keseluruhannya, kunjungan ini merupakan platform untuk bertukar pandangan dan memperkukuhkan kerjasama antara JTK Negeri Sembilan dan MBS dalam pengurusan isu penginapan pekerja.