Seremban, 8 Januari 2026 – YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada MARA Corporation hari ini di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan berhubung inisiatif pembangunan ekonomi dan korporat Bumiputera yang berpotensi untuk diterokai bersama antara Majlis Bandaraya Seremban dan MARA Corporation. Turut hadir semasa perbincangan ini diadakan ialah En. Yahaya Sani Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation, YBhg. Dato’ Amir Azhar Ibrahim Pengarah Perancangan Korporat & Komunikasi MARA Corporation, En. Mohd Lotffee bin Abdullah Pengarah Pelesenan & Pembangunan Usahawan MBS dan En. Shamaruddin bin Saidin Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS.