Seremban, 9 Jun 2026 - YBhg. Dato’ Ir.Ts.Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Norlinah binti Jamman, Pengarah Pilihan Raya Negeri Sembilan hari ini di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara SPR Negeri Sembilan dan MBS.  Turut hadir semasa kunjungan diadakan ialah Tn.Ir.Ts.Br.Mohd Kamal bin Yusof Setiausaha MBS, Puan Azura binti Abu Hassan Pengarah Khidmat Pengurusan MBS dan pegawai-pegawai daripada SPR Negeri Sembilan.