Pada 29 Januari lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan kepada Ybhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Delegasi ini diketuai oleh KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan. Kunjungan ini bertujuan mengeratkan lagi kerjasama dalam usaha memantapkan lagi tatakelola, pelaksanaan program strategik dan meningkatkan budaya integriti yang tinggi dikalangan warga Majlis. Hadir sama perjumpaan ini Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS serta pegawai-pegawai dari SPRM Negeri Sembilan. MBS komited dalam memastikan warga kerjanya mengamalkan budaya integriti yang tinggi serta menolak sebarang bentuk rasuah.
Sumber Foto: SPRM Negeri Sembilan
