Seremban, 6 Mac 2026 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin,  Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada Rejimen 508 Askar Wataniah, Kem Jalan Rasah semalam. Delegasi Rejimen 508 Askar Wataniah yang diketuai oleh Lt. Kol Mohd Adli Izmir bin Ramli, Timbalan Komander hadir dalam bertukar pandangan dan berkongsikan perkembangan Askar Wataniah di Negeri Sembilan. Hadir sama En. Shamaruddin bin Saidin,  Ketua Perhubungan Korporat MBS serta pegawai -pegawai tentera yang terlibat.