Seremban, 4 Februari - YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada YB Senator Dr. Jufitri bin Joha, Ahli Dewan Negara sebentar tadi. Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan program pembangunan belia di daerah Seremban. Satu program yang berkonsepkan komuniti setempat akan dilaksanakan dalam melahirkan warga bandaraya yang bersaing dalam mendepani cabaran perbandaran. Semoga perbincangan ini dapat membuahkan hasil yang positif demi kesejahteraan rakyat.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |




