Putrajaya, 9 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di Putrajaya awal pagi tadi. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan strategi bagi memperkukuhkan lagi hala tuju MBS dalam menjadikan bandaraya Seremban sebagai sebuah bandaraya pintar. Turut hadir semasa perbincangan ini diadakan ialah Pn. Anizahaton bt Kamaludin Pengarah Kewangan MBS, En. Hanizam bin Ahmad Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS dan Ts.Farah Saffarizan bt Mohd Esa Pengarah Teknologi Maklumat & Komunikasi MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |













