Seremban, 24 Ogos 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan konvoi daripada delegasi Majlis Daerah Tampin (MDT) sempena Program MDT Merdeka Ride 2026 di Wisma MBS. Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS telah menyambut konvoi yang diketuai oleh Puan Suriani binti Salihan, Yang Dipertua MDT bersama 50 orang peserta konvoi. Program ini diserikan dengan penyerahan Jalur Gemilang dan Direktori Pelancongan MDT sebagai simbol semangat patriotik serta usaha memperkukuh jalinan kerjasama antara PBT di Negeri Sembilan. Turut hadir, Tuan Hanizam bin Ahmad, Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS & En Nuh Nurul Mushawwir bin Abdul Aziz, Ketua Jurutera MBS bersama pegawai-pegawai penguat kuasa MBS. Terima kasih MDT atas kunjungan. Semoga terus terjalin kerjasama erat demi manfaat bersama.