Lawatan Delegasi Peserta Kursus Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) ke MBS
Seremban, 1 Oktober 2025 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS telah sama-sama hadir di sesi kunjungan delegasi Peserta Kursus Malaysian Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) yang diuruskan oleh Akademi Audit Negara bagi mengetahui pelaksanaan Program Sustainable Development Goals di MBS. Delegasi yang diketuai oleh Puan Nor Azira binti Mohd Arsnan, Timbalan Pengarah Sektor Audit Prestasi, Akademi Audit Negara turut melibatkan 9 orang sekretariat MTCP dari Akademi Audit Negara dan 14 orang peserta kursus MTCP dari negara Palestine. Puan Norhezlin binti Amat, Pengarah Kawalan Bangunan MBS telah berkongsi dalam menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan program SDG oleh MBS. Sesi ini turut dihadiri, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Mr. Hussein Ali Hasan Alkhatib, Directorate Of Payments (Accountants) Palestine National Fund, En Shahrul Fadli bin Abdu Rashid, Ketua Program Antarabangsa dan Penyelarasan Akademi Audit Negara, ketua-ketua Jabatan/Unit MBS dan Pegawai sekretariat & peserta MTCP.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |













