SEREMBAN – Satu Lawatan mempromosikan produk pelancongan di Daerah Seremban telah diadakan ke Nabila Agro Farm,Pantai,Seremban. 
Lawatan ini merupakan anjuran pihak Majlis Perbandaran Seremban di bawah Jawatankuasa Pelancongan Daerah Seremban yang dihadiri oleh Dato Yang Di Pertua MPS , Ahli-ahli Majlis MPS, Pengarah-pengarah Jabatan MPS, wakil-wakil jabatan, pihak media dan pihak NGO.
Lawatan yang dijalankan ini merupakan inisiatif jawatankuasa untuk mengenali lebih rapat berkaitan produk baharu pelancongan di Daerah Seremban serta mempromosikan kepada pelancong tempatan dan luar Negara. 
Dalam pada itu, lawatan yang diadakan ini juga membantu pihak pengusaha untuk mengembangkan jaringan pemasaran mereka melalui kerjasama pihak agensi pengembaraan, pemandu pelancong dan pihak pemegang taruh.

Ladang ini beroperasi pada setiap Sabtu dan Ahad serta cuti umum. Lokasi ini juga bersesuaian untuk aktiviti keraian seperti Majlis Perkahwinan, Kenduri, Perjumpaan, Reunion dan sebagainya. 
Untuk pertanyaan yang lebih lanjut berkaitan Nabila Agro Farm bolehlah terus menghubungi 019-665 2239.