Seremban, 19 Mei 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) yang diketuai oleh Encik Alexander Larry Aloysius, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Perkhidmatan Perbandaran dan Aduan), bertempat di Bilik Mesyuarat Dato' Shahbandar, Wisma MBS. Lawatan kerja delegasi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) ini bertujuan bagi menyelaras keperluan teknikal, meneliti tahap kesiapsiagaan, serta membincangkan skop pelaksanaan Sistem One Stop Centre (OSC) Pelesenan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Rintis. MBS merupakan salah satu agensi daripada sembilan (9) PBT Rintis yang terpilih bagi pelaksanaan pembangunan sistem ini. Sesi ini turut dihadiri oleh Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS dan Puan Suriati Aliza binti Abdul Latif, Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Pengurusan Maklumat Aplikasi) serta Puan Maizatul Ashikin binti Mohd Aris, Pengurus Projek daripada pihak pembekal Century Software Sdn Bhd. Turut hadir Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK), Puan Ts. Farah Saffarizan binti Mohd Esa, serta Timbalan Pengarah Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Usahawan (JPPU), Puan Nurhidayah binti Zainuddin serta pegawai - pegawai daripada jabatan berkaitan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |








