Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 
LAWATAN TURUN PADANG DATUK BANDAR BERSAMA YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Satu Lawatan Turun Padang Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban Bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah diadakan pada malam tadi di sekitar bandar Seremban.

Turut hadir pada malam tersebut ialah Tn.Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Pengarah Kejuruteraan MBS, Pengarah Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran MBS, Pengarah Taman & Landskap MBS, Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS dan beberapa orang pegawai serta kakitangan MBS.

Selain itu, lawatan ini juga telah dihadiri bersama oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Sembilan.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi meninjau lampu jalan di sekitar bandar Seremban yang perlu ditambahbaik selain daripada terus memantau keadaan lampu jalan supaya berada dalam keadaan baik.

Terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, JKR dan TNB Negeri Sembilan kerana telah menjayakan lawatan tersebut.