Nilai, 27 Mac 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan lawatan turun padang di Perhentian Bas & Teksi Nilai. Untuk makluman, bangunan ini mula ketiadaan penyewa sejak pandemik covid-19. Sejurus itu, satu perbincangan turut segera dilaksanakan bersama pegawai-pegawai terlibat. Oleh itu, MBS sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di bangunan ini dan merancang mengenai kemajuan projek di kawasan ini. Dalam pada itu, Datuk Bandar juga berkesempatan melawat di Kampung Stesen mengenai aduan pembuangan sampah di Sungai Batang Nilai. Orang ramai diingatkan untuk tidak melakukan aktiviti pencemaran dengan membuang sampah di dalam sungai. Turut hadir Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Ketua Jabatan & Unit MBS serta pegawai MBS.