Seremban, 5 Mei 2026 - YBhg. Dato’ Ir.Ts.Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan lawatan turun padang ke Dataran Seremban. Lawatan ini adalah bagi meninjau penambahbaikan pencahayaan yang telah dilakukan di bandaraya Seremban.  Dataran Seremban diberi nafas baharu melalui pembangunan air pancut berirama interaktif yang bergerak seiring sistem pencahayaan dinamik yang berubah mengikut suasana dan acara.  Gabungan elemen moden ini akan mewujudkan pengalaman visual yang menarik, interaktif dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Projek ini bukan sahaja memperindah landskap bandar, malah menjadikan dataran sebagai tumpuan rekreasi, lokasi riadah keluarga dan destinasi pelancongan baharu. Secara tidak langsung, ia turut menyokong pertumbuhan ekonomi setempat dengan meningkatkan kehadiran pengunjung dan aktiviti perniagaan sekitar. Seremban kini melangkah ke arah bandar lebih moden, ceria dan beridentiti! Turut hadir semasa lawatan diadakan ialah Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS.