Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 
LAWATAN TURUN PADANG DATUK BANDAR KE LOJI RAWATAN KUMBAHAN DESA JASMIN NILAI

YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan lawatan turun padang di Loji Rawatan Kumbahan, Desa Jasmin, Nilai. Lawatan ini turut dihadiri oleh En Ahmad Izzuddin bin Ismail, Ahli Majlis MBS, Indah Water Konsortium, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah & Daerah Seremban serta MPKK DUN Labu. Lawatan turun padang ini berkenaan kacauganggu pelepasan air dari Taman Desa Jasmin Fasa 2 yang mengalir ke tanah persendirian.

Hasil pemantauan sebelum ini mendapati kawasan berkenaan merupakan laluan pelepasan air kumbahan terawat dari Loji Rawatan Kumbahan di Taman Desa Jasmin Fasa 2. Laluan pelepasan tersebut tidak mempunyai struktur dan melalui kawasan tanah milik sebelum bertemu dengan Sungai Batang Labu.

Selain itu, air longkang di Taman Desa Jasmin Fasa 2 mengalir ke longkang tanah yang tidak berstruktur di Tanah Persendirian (sebelah taman perumahan di hujung jalan BBN 5/3C) yang juga mengalir ke arah output Loji Rawatan Kumbahan di Taman Desa Jasmine Fasa 2 sebelum bertemu dengan Sungai Batang Labu.

Indah Water Konsortium & Jabatan Alam Sekitar turut akan memantau pelepasan air dari Loji Kumbahan Terawat mengikut piawaian SOP Standard Pelepasan Air Kumbahan Terawat. MBS menerusi Jabatan Kejuruteraan akan mengemukakan cadangan bagi saliran air keluar yang sesuai kepada Indah Water Konsortium supaya saliran air tidak memasuki tanah milik.