Lawatan Turun Padang Datuk Bandar Ke Medan Selera Penghulu Cantik
Seremban, 24 September 2025 - YBhg. Dato' Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan lawatan turun padang ke Medan Selera Penghulu Cantik. Lawatan yang diadakan pada awal pagi tersebut adalah untuk meninjau fasiliti sediada bagi tujuan penambahbaikan. Selain itu, YBhg. Datuk Bandar turut sempat beramah mesra bersama peniaga-peniaga dan pengunjung di kawasan tersebut. Turut hadir semasa lawatan tersebut diadakan ialah En. Roslan bin Abd Aziz Ahli Majlis MBS, Tn.Ir.Ts.Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS, En. Mohd Lotffee bin Abdullah Pengarah Pelesenan & Pembangunan Usahawan MBS. Tn.Hj. Mohd Fadhil bin Kamaruddin Pengarah Penyelenggaraan MBS dan En.Shamaruddin bin Saidin Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |












