Seremban, 18 Jun 2026 - YBhg. Dato' Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mengadakan lawatan turun padang ke Taman Rasah Jaya. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memantau projek pembaikan tebing runtuh. Skop kerja yang terlibat terdiri daripada pembinaan tembok penahan, pembinaan sistem saliran yang lebih sistematik, penanaman rumput dan lain-lain kerja berkaitan. Turut hadir semasa lawatan diadakan ialah YB Cha Kee Chin Ahli Parlimen Rasah, Tn.Ir.Ts.Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS, En.Lee Kai Yet dan En. Ng Boon Leng Ahli Majlis MBS, En.Nuh Nurul Mushawwir bin Abdul Aziz Ketua Jurutera MBS, En. Shamaruddin bin Saidin Ketua Unit Perhubungan Korporat MBS dan pegawai-pegawai MBS.