Seremban, 6 Ogos 2026 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Kompleks Komuniti Ampangan. Lawatan ini turut disertai oleh wakil YB Dato' Dr. Mohamad Rafie bin Abdul Malek ADUN Ampangan dan kontraktor berkaitan pelaksanaan projek Kompleks Komuniti Ampangan. Untuk makluman, projek tersebut telah siap dilaksanakan oleh pihak kontraktor pada 19.6.2026 dan bangunan ini akan diserahkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) untuk tindakan selanjutnya. Selain itu, Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS dan En.Nuh Nurul Mushawwir bin Abdul Aziz Ketua Jurutera MBS turut hadir semasa lawatan ini diadakan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |







