Seremban, 7 April 2026 – YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan bersama YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, telah hadir turun padang ke Taman Tasik Seremban bagi meninjau dan mengenal pasti penambahbaikan untuk menjadikan taman ini lebih menarik, selesa, dan berwajah baharu. Lawatan ini merangkumi pemeriksaan landskap, lampu hiasan, laluan pejalan kaki, taman permainan, dan fasiliti riadah lain, bagi memastikan setiap sudut taman memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung. Meskipun cuaca hujan, lawatan diteruskan sehingga ke Laman Budaya, menunjukkan komitmen pihak Majlis dalam memastikan setiap aspek pengindahan taman diperiksa dengan teliti. Usaha pengindahan ini bukan sahaja meningkatkan kecantikan Taman Tasik Seremban tetapi juga memberi manfaat kepada komuniti setempat serta pelancong yang berkunjung. Beliau berharap penambahbaikan ini dapat disiapkan dalam masa terdekat untuk dinikmati semua. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Majlis MBS, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Ketua-Ketua Jabatan & Unit MBS, serta pegawai-pegawai MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |







