Shah Alam, 20 Februari 2023 - Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah mewakili YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban menerima pengiktirafan Low Carbon Cities 2030 Challenge Diamond Award bagi kategori Partner iaitu Bangunan Wisma Majlis Bandaraya Seremban.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) di mana Majlis Bandaraya Seremban telah berjaya mencipta rekod 3 Diamonds bagi Carbon Reduction.

Untuk makluman Wisma MBS telah berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 16.91% sejak tahun 2020 bersamaan dengan 253.35tCO2eq.

Penganugerahan ini telah disampaikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam.

img
img
img