Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 
MAJLIS AMANAT YB MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN TAHUN 2021 SECARA ATAS TALIAN

Majlis Amanat YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tahun 2021 telah diadakan secara atas talian. Bertempat di Bilik Waris Klana Di Hulu, YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban), Tn. Mas Midyawan bin Yahya (Setiausaha) Majlis Bandaraya Seremban, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban telah hadir bagi mendengar dan mengamati amanat yang disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan secara atas talian.

YBhg. Datuk Bandar dan warga Majlis Bandaraya Seremban (MBS) juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran "Datuk" sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021.

YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menbentangkan pencapaian-pencapaian yang telah diraih oleh KPKT, agensi2 di bawahnya sepanjang tahun 2020. Beliau turut mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.