Sepang, 8 Ogos 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), selaku Pegawai Pengurus P.128 Seremban telah menyempurnakan Majlis Apresiasi bagi Petugas-Petugas Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DUN) Negeri Sembilan Ke-16 bagi kawasan Parlimen P.128 Seremban yang diadakan di Sama-Sama Hotel, KLIA. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh petugas yang melibatkan Penolong Pegawai Pengurus, Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya, Pembantu Pilihanraya, Kerani Pilihan Raya, Pembantu Am dan lain-lain yang telah memberikan komitmen, kerjasama serta mencurahkan masa dan tenaga sepanjang pelaksanaan PRU DUN Negeri Sembilan Ke-16. Penghargaan turut diberikan kepada semua petugas yang telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah masing-masing dengan penuh dedikasi, sekali gus membantu memastikan urusan pilihan raya berjalan dengan lancar dan teratur. Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan yang telah dicurahkan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |











