Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025
Seremban, 4 November 2025- YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Sembilan. Sekalung Tahniah diucapkan buat Kumpulan AQAR yang terdiri daripada pegawai dari Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan bersama Jabatan Kawalan Bangunan dan Kumpulan FORCE SYNERGY yang terdiri daripada pegawai dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan, Jabatan Penyelenggaraan dan Unit Komunikasi Korporat kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Konvensyen Inovatif & Kreatif Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025. Kumpulan Aqar yang bertanding bagi kategori Inovasi Sosial menampilkan projek Ramp Mobile untuk mengurangkan struktur binaan berbentuk ramp di kaki lima kedai. Manakala Kumpulan Force Synergy bertanding bagi kategori Penyampaian Perkhidmatan menampilkan projek platform pintar pemantauan dan pemutihan maklumat premis perniagaan tidak berlesen secara real-time. Dalam pada itu, MBS menerusi LEGAL TEAM turut memenangi hadiah saguhati Explorace Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sembilan. Terima Kasih diucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan atas kejayaan penganjuran Program Pembudayaan Inovasi dan Minggu Inovasi yang telah diadakan. Tahniah juga diucapkan buat seluruh rakan-rakan pemenang-pemenang daripada kesemua agensi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |












