Majlis Apresiasi Sempena Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Sembilan
Seremban, 8 Oktober 2025 - YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Apresiasi Sempena Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan buat YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS telah menerima sijil penghargaan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Persiapan dan tahniah juga diucapkan buat Kontinjen Perbarisan MBS yang berjaya dinobatkan sebagai naib juara bagi Pertandingan Perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan kategori Pentadbiran Daerah. Terima Kasih & Tahniah diucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan atas kejayaan penganjuran sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2025 yang lalu. Tahniah juga diucapkan buat seluruh rakan-rakan pemenang dan jawatankuasa yang terlibat daripada kesemua agensi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |








