Senawang, 16 Julai 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah hadir menyempurnakan Majlis Bacaan Yasin sempena Ulang Tahun Ke Enam Majlis Bandaraya Seremban di Masjid Muhammad Al - Fateh, Forest Heights.  Masjid ini merupakan lokasi ke 31 penganjuran program ini sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2022. Selain dapat mengimarahkan masjid - masjid sekitar Seremban, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan baik di antara MBS dengan masyarakat dalam membincangkan hal - hal berkaitan kawasan sekitar.  YBhg. Datuk Bandar turut berbesar hati menyumbangkan satu (1) unit Water Jet kepada pihak masjid untuk kegunaan bersama penduduk sekitar. Turut hadir, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Ustaz Muhammad Mustakim bin Hamidun, Imam 1 merangkap Setiausaha Masjid Muhammad Al - Fateh, Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Pembangunan Masyarakat Dan Pelancongan MBS, barisan Pengarah Jabatan / Ketua Unit / warga kerja MBS serta ahli - ahli kariah.