Nilai, 23 April 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah hadir menyempurnakan Majlis Bacaan Yasin sempena Ulang Tahun Ke Enam Majlis Bandaraya Seremban di Masjid Kariah Pekan Nilai. Masjid ini merupakan lokasi ke 29 penganjuran program ini sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2022. Selain dapat mengimarahkan masjid - masjid sekitar Seremban, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan baik di antara MBS dengan masyarakat dalam membincangkan hal - hal berkaitan kawasan kariah. YBhg. Datuk Bandar turut berbesar hati menyumbangkan satu unit Water Jet kepada pihak Masjid untuk kegunaan semasa misi bantuan awal bencana / banjir. Turut hadir, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Encik Affa Faizal bin Haji Isa Pengerusi JPKK Kampung Nilai, Ustaz Amran bin Hasan,Pengerusi Masjid Kariah Pekan Nilai, Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Dan Pelancongan, barisan pengarah dan ketua unit, warga kerja MBS dan ahli - ahli kariah.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |
















