Majlis Penutup Program GoGreen: “KENALI SENIBINA HIJAU”
Nilai, 22 September 2025 - Tn. Ir. Ts.Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban telah menyempurnakan Majlis Penutup Program GoGreen: “KENALI SENIBINA HIJAU” yang telah diadakan di SMK Dato Mohd Said, Nilai. Program yang dikendalikan oleh Jabatan Kawalan Bangunan telah mendapat kerjasama TRX City Sdn Bhd(TRX) dan Green Building Index(GBI). Majlis ini turut dihadiri oleh, Tn. Hj Mohd Sohimi bin Abdul Halim, Tn Pengetua SMK Dato Mohd Said, Ketua Jabatan bersama para pelajar dan guru-guru di SMK Dato Mohd Said, Nilai. Turut hadir ialah Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS serta pegawai MBS. Seramai 25 orang pelajar terlibat didalam program ini. 5 kumpulan pelajar telah mempamerkan Informative & Creative Collage dalam bentuk Presentation Board dan 3 kumpulan terbaik telah membuat persembahan dihadapan Setiausaha MBS dan para hadirin yang hadir. Bagi menyempurnakan majlis penutupan ini, Tn. SU MBS sangat berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan cenderamata kepada pihak sekolah. Pihak Majlis merakamkan setinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada TRX City Sdn (TRX), Green Building Index (GBI), serta SMK Dato Mohd Said atas kerjasama dan komitment menjayakan program ini. MBS berharap semoga dengan program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan kepentingan elemen hijau di dalam senibina yang memberi impak positif kepada alam sekitar serta memperkenalkan kepada pelajar konsep-konsep senibina hijau dan rekabentuk mampan seperti active and passive design strategies, kecekapan tenaga dan penggunaan bahan yang boleh diperbaharui dalam memberi impak keselesaan di dalam sesebuah bangunan dan kesan keseluruhan bangunan terhadap kelestarian alam.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |












