Seremban, 21 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Ir.Ts.Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Cabutan Bertuah Kepada Pembayar Secara Atas Talian Dengan Bayaran Penuh Cukai Taksiran Sehingga 31 Disember 2026 bertempat di Lobi Utama, Wisma MBS. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengalakkan dan menghargai warga bandar raya Seremban yang telah menjelaskan Cukai Taksiran melalui Dalam Talian.  Kempen ini diadakan adalah khusus kepada seluruh pemilik harta dalam kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban sebagai insentif dan galakkan supaya pembayar cukai menjelaskan Cukai Taksiran secara atas talian (online) dengan menjelaskan bayaran bil semasa bagi tahun 2026.  Untuk makluman, kempen kali ini Majlis Bandaraya Seremban telah menerima sebanyak 18,052 penyertaan dengan jumlah bayaran RM7.02 juta. Pada tahun ini, sebanyak 40 cabutan hadiah telah disediakan berupa baucer tunai, ‘gold bar’ (1 gram), telefon pintar, motosikal, skuter dan hadiah
utama berupa Perodua Bezza sebagai hadiah utama.  YBhg. Datuk Bandar dan Ahli-Ahli Majlis MBS telah menyempurnakan cabutan semasa Perhimpunan Pagi Majlis Bandaraya Seremban Bil.1/2026 pada 5 Januari 2026 dan siaran ini telah ditayangkan secara langsung menerusi laman sosial rasmi Facebook Majlis Bandaraya Seremban. Untuk makluman, hadiah yang akan disampaikan hari ini ialah :-

i. 15 baucer tunai Mydin berjumlah RM200.00 setiap pemenang 
ii. 5 gold bar 
iii. 6 buah telefon bimbit Samsung Galaxy A17 5G 
iv. 8 buah telefon bimbit Samsung A36 5G 
v. 3 buah motosikal SM Sport 110E 
vi. Sebuah motosikal skuter ES 125 
vii. Sebuah motosikal skuter Nova 125 
viii. Hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Bezza 1.0 GX (A).

Turut hadir semasa majlis tersebut diadakan ialah Tn.Ir.Ts.Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof Setiausaha MBS, Barisan Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS dan pengamal media. Sehubungan dengan itu, Majlis Bandaraya Seremban meminta warga bandar raya Seremban menjelasan bayaran Cukai Taksiran segera bagi mengelakkan bayaran denda dikenakan.