Majlis Penyerahan Kenderaan MBS
Seremban, 10 Oktober - YAB Dato' Seri Utama Hj. Aminuddin bin Harun , Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyempurnakan majlis penyerahan kenderaan jabatan di lobi Majlis Bandaraya Seremban sebentar tadi. Penyerahan kenderaan kali ini melibatkan lima unit kenderaan pacuan empat roda yang telah diserahkan untuk kegunaan Jabatan-Jabatan MBS. Turut hadir pada majlis itu tadi, YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua Unit.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







