Semenjak negara dilanda Pandemik COVID-19, pemakaian pelitup muka menjadi satu keperluan penting bagi menghindari daripada dijangkiti COVID-19. Oleh kerana itu pihak GD Holdings Sdn Bhd melalui YBhg. Dato’ Sri Yeat Sew Chuong, Pengerusi Eksekutif GD Holdings Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan pelitup muka sebanyak 54 kotak (101, 100 keping pelitup muka) kepada YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban untuk diagihkan kepada agensi barisan hadapan (frontliner) melalui Majlis yang telah diadakan semalam.

Antara agensi yang hadir bagi menerima sumbangan ini ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Tn. Mat Ghani bin Lateh mewakili Ketua Polis Daerah Nilai, Dr. Norr Khalili bin Mohd Ali, Pegawai Kesihatan Daerah Seremban dan Yang Setia Tn Bakarya bin Mohd Salleh, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah En. Dennis Kwee (Timbalan Pengarah Urusan GD Holdings), En Rosman bin Jonet (Penasihat GD Holdings), Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PELITUP MUKA (FACE MASK)