Majlis Perasmian Dewan Terbuka Nilai Impian
Seremban, 28 September 2025 - YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Dewan Terbuka Nilai Impian pada hari ini. Dewan Terbuka yang terletak di Nilai Impian mempunyai 2 gelanggang badminton. 1 pentas, tandas lelaki dan wanita serta tandas OKU. Dewan ini juga lengkap dengan fasiliti seperti kipas dan lampu serta mempunyai 21 lot parkir serta lampu solar. Pihak MBS mengucapkan terima kasih kepada KPKT kerana telah meluluskan permohonan peruntukan bagi membina dewan terbuka untuk kegunaan bersama warga di Nilai Impian. Turut hadir semasa majlis perasmian diadakan ialah YBhg. Dato' Ir.Ts.Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, YBhg. Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT, YBhg. Dato' Muhammad Nahar bin Haji Mohd Sidek Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pengurusan) Jabatan Perumahan & Kerajaan Tempatan, En. Thanabalan a/l Ramiah Ahli Majlis MBS, Tn. Hj. Mohd Hanapi bin Basri Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Nilai Impian, Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS serta delegasi daripada KPKT.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |









