Sendayan, 11 Julai 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah merasmikan Pameran Solo A.N.T.A.R.A oleh Saudara Norlisham bin Selamat di Galeri Negeri Sembilan Modern Art (NeMA), Bandar Sri Sendayan. Tahniah diucapkan kepada Saudara Norlisham bin Selamat atas dedikasi dan kreativiti dalam menghasilkan karya seni yang mencerminkan perjalanan serta identiti seorang seniman. Penghargaan dan tahniah turut diberikan kepada pihak NeMA, Tuan Noor Hijat bin Mohd Noor, Pengasas NeMA dan Tuan Is. Badrul Kahar Mohd Yusof, Pengurusan NeMA atas kejayaan menganjurkan pameran yang memperkayakan landskap seni visual Negeri Sembilan. Semoga pameran ini terus menyemarakkan budaya apresiasi seni serta mengangkat Seremban sebagai bandar yang kaya dengan nilai seni dan budaya.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |











