Serdang, 3 September 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah hadir bagi Majlis Perasmian Pavilion Negeri Sembilan di MAHA 2026, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang turut dihadiri oleh Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud serta YAB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Pavilion Negeri Sembilan di MAHA 2026 menampilkan pelbagai tarikan, produk, hasil pertanian serta keunikan Negeri Sembilan yang pastinya menarik untuk diterokai. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pavilion Negeri Sembilan di MAHA 2026!  Ayuh hadir beramai-ramai, kenali lebih dekat dan banyak produk istimewa dari Negeri Sembilan & pelbagai negeri yang lain serta meriahkan lagi MAHA 2026 sehingga 6 September 2026, 10.00 pagi - 10.00 malam.