Seremban, 25 Julai 2026 – YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan NGAIL@DATARAN SEREMBAN kolam ikonik Dataran Seremban sebagai lokasi rekreasi memancing kepada orang ramai. Majlis ini diserikan dengan acara simbolik pelepasan ikan sebagai tanda bermulanya aktiviti rekreasi memancing di lokasi bersejarah ini. Inisiatif ini diharap dapat menghidupkan lagi Dataran Seremban sebagai destinasi riadah, pelancongan dan rekreasi yang memberi manfaat kepada komuniti serta pengunjung. Turut hadir YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS dan Ketua Jabatan/Unit MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |










