Majlis Perjumpaan Sempena Hari Wanita Sedunia 2021 oleh YB Puan Mary Josephine Prittam Singh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang bersama-sama dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban iaitu YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin.

Bertempat di Ruang Dagang Paroi, Wisma MBS, Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan dan mematuhi SOP yang ketat turut dihadiri olej Tn.Mas Midyawan bin Yahya (Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban), Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pn. Winnie Suri Anak Selutan, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban.

Tema Sambutan Hari Wanita Sedunia 2021 ialah “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran”. YB Puan Mary juga telah memberi bunga kepada YBhg. Datuk Bandar, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2021 Bersama Dengan Majlis Bandaraya Seremban.

Majlis Perjumpaan Sempena Hari Wanita Sedunia 2021