Seremban, 25 Ogos 2026 – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus 1448H/2026M yang berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Seremban hari ini tetap diserikan dengan kehadiran serta semangat para petugas, penjawat awam dan rakyat meskipun hujan lebat. YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) turut hadir pada majlis ini. Kontinjen MBS diketuai oleh Tuan. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, turut disertai oleh Ahli Badan Kebajikan Islam MBS yang tampil penuh semangat bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Atas faktor cuaca, perarakan sempena sambutan pada tahun ini terpaksa dibatalkan. Namun begitu, segala persiapan, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan amat dihargai. Sesungguhnya kita merancang dengan sebaiknya, namun ketentuan Allah SWT adalah yang terbaik. Semoga setiap usaha dan niat baik ini diterima sebagai amal ibadah. Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini mengangkat tema “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” yang mengajak kita untuk terus menghayati serta mencontohi akhlak dan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian. Semoga sambutan ini terus menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperkukuhkan ukhuwah serta membina masyarakat yang harmoni, berakhlak dan saling menghormati.
Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M.
Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad
Madani Dihayati, Ummah Diberkati.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |













