Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 
MAJLIS TANDATANGAN KONTRAK PERJANJIAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET HARAPAN RAKYAT PANGSAPURI SERI PERDANA PAROI

Majlis Tandatangan Kontrak Perjanjian Pengurusan Pusat Internet Harapan Rakyat Pangsapuri Seri Perdana Paroi telah diadakan pada hari ini di Bilik Dato’ Klana Petra, Wisma MBS. Majlis ini telah disaksikan oleh YB Dato’ Haji Mohamad Taufek bin Abd Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi.

Perjanjian ini telah ditandangani oleh YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Tn. Haji Noor Iskandar bin Mohamad Noor, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban, En. Mohamad Norfitri bin Mohamad Din, Pengerusi Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) dan En. Mohd Firdaus bin Haji Md Razali, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Sembilan (GPMSNS).

Pusat Internet Harapan Rakyat Pangsapuri Seri Perdana Paroi beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi sehingga 3.00 petang boleh digunakan secara percuma. Pusat Internet ini akan diambil alih pengurusan oleh TABAH dan GPMSNS.