MBS JUARA KEJOHANAN BADMINTON SUKAN MALA NEGERI SEMBILAN 2025
Port Dickson, 26 Julai 2025 - Seramai 10 orang kakitangan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menyertai Kejohanan Badminton Sukan MALA Negeri Sembilan 2025 bertempat di NZ Badminton Arena, Port Dickson. Sebanyak 8 pasukan yang mewakil setiap daerah di Negeri Sembilan telah menyertai kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan Badminton MBS (MBS Tangkis) yang telah menjuarai kejohanan pada kali ini. Ucapan terima kasih jua kepada semua kakitangan MBS yang menyertai kejohanan ini kerana telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















