Selasa, 7 Julai 2026 - Delagasi Dewan Waghih Negeri Sembilan (DWNS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ybhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MB) di Wisma MBS sebentar tadi. Pertemuan yang diketuai oleh En. Muhammad Aizaq Ariff, Penyelaras DWNS telah membincangkan kerjasama strategik di antara dua pihak dalam memartabatkan pembangunan belia di daerah Seremban. Dalam pada itu, DWNS ditubuhkan sebagai sebuah platform pembangunan kepimpinan dan advokasi belia yang mensimulasikan struktur serta proses legislatif di peringkat negeri. Ia bertujuan untuk melatih anak muda agar lebih peka terhadap isu masyarakat, memahami peranan institusi kerajaan, serta menyumbang pandangan secara berhemah dan berasaskan data dalam pembentukan dasar. Persidangan Dewan Waghih Negeri Semilan akan dilaksanakan sebanyak dua (2) sesi setiap tahun dan setiap ahli Dewan Waghih Negeri Sembilan yang dilantik mewawkili DUN selama 1 penggal. Hadir sama En. Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Perhubungan Korporat MBS dan Pn. Nur Aina Amirah, Naib Ketua Seketariat DWNS.