Seremban, 9 April 2026 - YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah menyempurnakan Program Pemberian Zakat kepada Tahfiz Darul Ulum Asy-Syar’iyyah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban. Sumbangan zakat sebanyak RM15,000.00 daripada Selia Selenggara yang diwakili oleh Tuan Sr. Haji Abdul Latif bin Hitam, Ketua Pegawai Eksekutif Selia Selenggara Selatan telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan diserahkan kepada Tahfiz Darul Ulum Asy-Syar’iyyah. Dalam pada itu, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS dan Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS turut mengambil peluang menyantuni pelajar-pelajar dan jemputan yang hadir dalam majlis yang sederhana ini. Majlis ini turut dihadiri YB Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Muzalmah binti Mustapha Kamal, Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Dato’ Masri bin Haji Razali, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Faudzinaim bin Badaruddin, Mufti Negeri Sembilan, YAA Dato’ Kamal Bashah bin Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan dan YBhg. Brig Jen Dato’ Zamri bin Othman, Panglima Briged Pertama Infantari Malaysia.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |

















