Seremban, 2 April 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah melakukan tinjauan bersama YB Tn. Arul Kumar a/l Jambunathan, Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan merangkap ADUN Nilai dan ,YB Dato’ Mohd Asna Amin, Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Lenggeng. Lawatan yang diadakan bagi melihat beberapa isu-isu tempatan seperti kerosakan longkang, kerosakan jalan raya kerosakan taman permainan dan cadangan pembinaan dewan orang ramai. Datuk Bandar MBS sentiasa komited di dalam memastikan fasiliti yang disediakan memberi keselesaan kepada warga bandaraya Seremban. Terdapat beberapa lokasi telah ditinjau iaitu Taman Ampangan, Taman Margosa, Taman Panchor Jaya dan Kampung Panchor. Hadir sama YBhg.Datuk Latteffah Binti Aliyaru Kunju, Ahli Majlis MBS, En. Mohamad Fadil Bin Md Zin, Ahli Majlis MBS,Tn. Ir.Ts.Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS , Ketua -ketua jabatan dan unit serta kakitangan MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |








