Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 Badan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Seremban (BAKI MBS)


Seremban, 18 Ogos 2023 - YBhg. Dato' Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 Badan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Seremban (BAKI MBS) bertempat di Ruang Dagang Paroi, Wisma MBS.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membentangkan laporan tahunan BAKI MBS bagi tahun 2022. Turut diadakan adalah penyampaian cenderahati kepada :-


1. Anak-anak Ahli BAKI yang cemerlang dalam peperiksaan tahun 2022.
2. Ahli BAKI yang telah berkahwin dari 30 Julai 2022-31 Ogos 2023.
3. Bekas Ahli BAKI yang telah bersara dari Julai 2022-Julai 2023.


Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Tn. Mas Midyawan bin Yahya Setiausa MBS, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Unit dan warga kerja Majlis Bandaraya Seremban.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 Badan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Seremban (BAKI MBS) Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 Badan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Seremban (BAKI MBS)
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 Badan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Seremban (BAKI MBS) Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 Badan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Seremban (BAKI MBS)