Seremban, 3 Julai 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-43 Badan Kebajikan Islam Majlis Bandaraya Seremban (BAKI MBS). Mesyuarat turut menyaksikan pembubaran Ahli Jawatankuasa BAKI MBS Sesi 2024–2026 serta pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu bagi Sesi 2026–2028. Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada bekas ahli BAKI MBS yang telah bersara, ahli yang mendirikan rumah tangga serta anak-anak ahli yang cemerlang dalam akademik. Majlis turut dihadiri Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Unit serta warga kerja Majlis Bandaraya Seremban.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



















