Seremban, 6 Ogos 2026 – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Bil. 2/2026 telah diadakan pada Khamis bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan, perkhidmatan serta kepentingan warga kerja MBS. Dalam mesyuarat tersebut, seramai 19 orang Ahli Pihak Pekerja telah menamatkan tempoh lantikan selama dua (2) tahun bagi sesi 2024–2026. Sebagai penghargaan atas komitmen dan sumbangan mereka dalam mewakili suara warga kerja serta memperkukuh fungsi MBJ sebagai platform kerjasama antara pihak majikan dan pekerja, setiap ahli telah menerima Sijil Penghargaan. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Semoga segala jasa dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang tempoh lantikan menjadi inspirasi kepada seluruh warga MBS dalam memperkukuh budaya kerja berpasukan serta kecemerlangan organisasi.