Mesyuarat Majlis Penuh Bil.5/2023

Seremban, 31 Mei 2023- YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh (MMP) Bil.5/2023 di Bilik Dato’ Klana Petra, Wisma MBS. 

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh 24 orang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban, Tn, Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ketua Jabatan, Ketua Unit dan Pembantu Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban.

Mesyuarat ini boleh diikuti melalui media sosial (Facebook) dan turut mendapat khidmat bantuan jurubahasa isyarat daripada Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA). 

Selain itu, YB ADUN Kawasan dan rakan-rakan media juga turut hadir sebagai pemerhati di dalam mesyuarat ini.

 

MMP Bil 5 2023