Seremban, 24 Jun 2026 - YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh (MMP) Bil.6/2026 di Bilik Dato’ Klana Petra, Wisma MBS. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh 24 orang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban, Tn, Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban. Turut diadakan Pemberian Sijil Penghargaan kepada Ahli Majlis di atas Prestasi Yang Cemerlang Sepanjang Tahun 2025
1. Encik Ng Boon Leng
2. Encik Rosslan bin Hassan
3. Encik Abdul Malek bin Adam
4. Encik Thanabalan a/l Ramiah
5. Puan Jamilah binti Said Ali
6. Encik Roslan bin Abd Aziz
Hadir sama rakan-rakan media sebagai pemerhati di dalam mesyuarat ini. Untuk makluman, mesyuarat ini juga disiarkan secara langsung menerusi laman sosial rasmi Facebook MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |







