Seremban, 27 Julai 2026 - YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh (MMP) Bil.7/2026 di Bilik Dato’ Klana Petra, Wisma MBS.  Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban, Tn, Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Seremban.  Untuk makluman, mesyuarat ini juga disiarkan secara langsung menerusi laman sosial rasmi Facebook MBS.