Seremban, 2 Julai 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Agensi-Agensi bagi Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Negeri Sembilan Ke-16 bagi Parlimen P.128 Seremban, dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS merangkap Pegawai Pengurus P.128 Seremban. Mesyuarat ini melibatkan pelbagai agensi berkaitan bagi menyelaras persiapan, pembahagian tugas, keperluan logistik serta tindakan yang perlu diambil bagi memastikan segala urusan pilihan raya berjalan lancar, teratur dan mematuhi prosedur yang ditetapkan. Kerjasama erat antara semua agensi yang terlibat amat penting dalam memastikan proses pilihan raya dapat dilaksanakan dengan cekap, selamat dan berintegriti.