Paparan ini adalah sebagai langkah mendapatkan maklumbalas orang ramai terhadap tindakan Majlis yang bakal memulakan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas ke atas pemilik-pemilik yang gagal menyelenggara harta masing-masing sehingga boleh menyebabkan harta mereka dilelong.

Berikutan peningkatan premis terbiar yang tidak diselenggara oleh pemilik-pemilik yang ingkar telah menyusahkan komuniti dan jiran-jiran bersebelahan sehingga perkara ini dibangkitkan di dalam persidangan DUN sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, keadaan ini menimbulkan kacauganggu binatang berbisa, sampah pukal, peningkatan wabak demam denggi dan persembunyian anjing anjing liar/penagih dadah yang seterusnya menyebabkan ketidakselesaan dari segi keselamatan dan kesihatan kepada penghuni berhampiran.

Langkah ini difikirkan wajar untuk memberi peringatan dan pengajaran agar premis-premis terbiar ini diberikan perhatian dan dijalankan pembersihan secara berkala tanpa perlu menunggu notis dikeluarkan meminta premis dibersihkan.

Setiap notis yang dikeluarkan bersama-sama tawaran kompaun RM1000.

Notis pembersihan premis kosong/terbiar di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban
 
Notis pembersihan premis kosong/terbiar di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban
 
Notis pembersihan premis kosong/terbiar di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban