Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 
OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN SOP PPN FASA 3 DI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN SEKITAR NILAI, NEGERI SEMBILAN

Satu Operasi Bersepadu Pemantauan dan Pemeriksaan SOP PPN Fasa 3 telah dijalankan ke atas beberapa premis perniagaan sekitar Nilai. Operasi ini melibatkan kerjasama antara 4 agensi yang terdiri daripada MKN Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Bandaraya Seremban.

Hasil operasi bersepadu ini, sebanyak 4 kompauan telah dikenakan atas pelbagai kesalahan seperti kegagalan mengimbas MySejahtera, kegagalan mempamerkan Sijil Perniagaan dan kegagalan menyediakan Pengimbas Suhu seperti yang telah ditetapkan di dalam SOP AM PPN Fasa Ketiga yang dikemas kini bertarikh 9 September 2021.

Operasi bersepadu seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan semua pihak sentiasa prihatin dan mematuhi SOP yang berkuat kuasa. Pihak berkuasa juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggung jawab dan memainkan peranan dalam membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di Negeri ini.